10 ekar tanah dengan diskaun 10%

ANDA ingin meluaskan tanaman ANDA…tetapi tidak jumpa tanah yang luas? tidak perlu beli lot kecik/tidak perlu banyak akses masuk…

Kami menyediakan 10 ekar tanah hanya dengan 1 lot…tidak perlu risau.

Urusan pinjaman juga akan dibantu sekiranya memerlukan…sekirnya berminat sila emailkan

Nama:
Alamat:
No. telefon:
Perniagaan Anda;

ke email shmafenvresources@gmail.com

Fertigasi Cili


Kenapa PERLU mencari?, KAMI sediakan peralatan fertigasi cili ANDA.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan keperluan fertigasi hubungi kami

Fahmi 01162011326 (wasap) (hadiri kursus)
Shah 01131757398 (call)

Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro. Ia sebagai satu kaedah penanaman di mana baja(dalam bentuk larutan) diagihkan ke zon pengakaran tanaman melalui sistem pengairan.

Dua asas utama fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem pengairan. Kebanyakan sistem pengairan yang digunakan untuk pengagihan baja ialah jenis titisan. Sistem pengairan renjis atau Iain-lain cenderung digunakan untuk pengagihan kimia-kimia lain seperti racun serangga, kulat, semburan hormon dan Iain-lain dalam teknik chemigation. 

Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai. Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses (ratio 50:50) yang mempunyai pH 6.5 – 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut formulasi baja yang tertentu bergantung kepada jenis tanaman. 
Sumber : http://fertigasilimaha.blogspot.com

Peralatan yang diperlukan ialah:

1. Polypipe 16 mm
2. Dripper
3. Nipple
4. Baja Fertigasi AB
5. Baja Fertigasi (Botol)
6. End Cap 16 mm
7. Coupler 16 mm
8. lbow 16 mm
9. Tee 16 mm
10. Off Take Valve 16 mm
11. Off Take Valve Male 16/25mm
12. Micro Tube 4 mm
13. Cocopeat
14. Poly Bag Putih UV
15. Silver Shine
16. Tray 104
17. Digital Timer
18. Pump 14.8 w
19. Peat Moss
20. Biji Benih F1 568
21. Anak Pokok
22. Penebuk Lubang

Sumber :
https://fertigasipdns.weebly.com/modul-asas-fertigasi.html

Fertigasi Bandar

ANDA ada kebun/tanah/laman rumah/ruangan dapur tetapi ingin mencuba kaedah fertigasi?

Hubungi kami

fahmi 01162011326 (wasap)(hadiri kursus)
shah 01131757398 (call)

team kami akan membantu ANDA.

APA itu fertigasi?
APA tanaman yang sesuai?

Fertigasi (fertigation) berasal daripada perkataan “fertilizer” dan “Irrigation”. Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.

Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro.

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan. sumber : dunia fertigasi

Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon, strawberi dan juga pokok hiasan. Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran. sumber : Mohd Nadzir 92

Tong BIRU untuk dijual

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua_Bermasalah mencari TONG?

kami membekalkan tong seperti berikut

200L=RM55
160L=RM72 (Open Top)
130L=RM62 (Open Top)

wasap kami dan team kami akan hubungi anda secepat mungkin_

  1. 01162011326 (Fahmi) (hadiri kursus)
  2. 01131757398 (Shah) (call shj)

penghantaran* juga disediakan

*caj dikenakan

sila maklumkan

Nama:
daripada mana:
penghantaran: Sendiri/hantar:
jenis tong:
kuantiti:

Pembekal Air Kelapa Matag F1

ANDA Peniaga AIR KELAPA/ingin berniaga AIR KELAPA?

minimum tempahan* 500 biji – harga RM2.50/biji
Lokasi: Jeram Selangor
Prefer datang ambik sendiri


*tempahan seminggu sebelum

wasap sahaja_01162011326.

atau call shah 01131757398

mohon maaf call tidak boleh kerana atas kesibukan di kawasan lapangan.

Pengenalan Kelapa MATAG

kelapa MATAG (Cocos nucifera L) sejenis kelapa hibrid yang dihasilkan melalui kacukan dua induk kelapa berbeza iaitu Tagnanan sebagai induk jantan dengan Malayan Red Dwaft (MRD) atau Malayan Yellow Dwaft (MYD) sebagai induk betina. Nama ‘MATAG’ pula singkatan gabungan antara ‘MA’ (Malayan) dan ‘TAG’ (Tagnanan) bagi menggambarkan kelapa hibrid hasil kacukan dua varieti berbeza.

Rata-rata apabila ada yang ingin menanam kelapa meraka hanya hendak menanam kelapa Matag sahaja sedangkan ada sebahagian mereka ini tidak berapa tahu bagaimana status benih kelapa Matag ini sama ada ia benih tulin atau benih kelapa matag F2 atau kelapa jenis lain yang didakwa sebagai kelapa Matag.

Ramai petani dan dikalangan orang awam yang cuba mendapatkan benih kelapa matag daripada pembekal nurseri atau semasa ada pameran pertanian dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab. Benih Kelapa Matag adalah Kacukan daripada induk betina Kelapa Renek Malayan Red Dwarf (MRD) atau Malayan Yellow Dwarf (MYD) dengan debunga dari pokok Kelapa Tinggi Tagnanan dengan kaedah sistematik.

Proses ini mengambil masa 18 bulan untuk menghasilkan sebiji kelapa hibrid dimana 12 bulan untuk pendebungaan dan buah matang dan 6 bulan ditapak semaian. Peratus kejayaan untuk menjadi benih kelapa Matag F1 tulin bergantung kepada banyak faktur seperti cuaca, kemahiran pendebunga dan sebagainya.

Ramai petani termasuk penduduk kampung dan pinggir bandar tertarik dengan kelapa MATAG kerana walaupun pokoknya rendah, buahnya besar, cepat berbuah dan lebat. Apa pun anda jangan terkejut jika pokok kelapa MATAG yang ditanam tidak berbuah malahan jika berbuah pun  hasilnya tidak mempunyai ciri sebagai Kelapa Matag.

Ini kerana ia  mungkin disebabkan pokok kelapa itu ditanam menggunakan anak benih diambil daripada buah pokok kelapa MATAG yang dicambahkan dan ini sebenarnya anda telah membeli dan menanam benih kelapa Matag tidak tulen atau dalam istilah saintifiknya dipanggil Generasi Matag F2. Generasi F2 tidak mempunyai ciri-ciri kualiti dan kelebihan seperti kelapa MATAG jika dijadikan anak benih.

Kelapa hibrid MATAG mempunyai gabungan ciri baik dan kelebihan yang diwarisi kedua-dua induknya iaitu buah yang besar daripada Tagnanan dan pokok rendah, cepat berbuah serta lebat daripada MRD atau MYD. Bagi mendapatkan hasil kelapa hibrid MATAG sebenar, petani perlu memastikan benihnya tulen iaitu hasil pendebungan antara Tagnanan dengan MRD atau MYD atau istilah saintifiknya dipanggil Generasi F1. (sumber Anim Agro)